Facebook RSS Feed

Isteri Mat Yo biadap!

Video isteri Mat Yo atau Norshahrul Idlan Talaha kurang ajar dengan pak guard tersebar. Memang sangat kecoh apabila isteri kepada Mat Yo pemain bola sepak tanah air yang dikenali sebagai Shahrul Aisya telah melemparkan kata kesat terhadap seorang pak guard gara-gara isu parkir kereta. Pada mulanya, video itu dirakam dan dimuat naik dilaman sosial oleh isteri Mat Yo untuk mempamerkan sikap layanan buruk pak guard yang memarahinya. Tanpa disedari, perbuatan isteri Mat Yo itu adalah lebih teruk dan sangat kurang beretika terhadap seorang yang lebih berumur atau berusia darinya. Selain itu, dia turut mengatakan pak cik atau pak guard itu adalah seorang yang bodoh. Jelas perbuatan itu sangat tidak menghormati orang lebih tua. Ikuti rakaman video tersebut yang telah mendapat pelbagai komen negatif terhadap sikap wanita tersebut.

0 orang tak ketahuan: