Facebook RSS Feed

Ogy nak saman Johan - FFM-24

Hoho! Kena 'usik' dengan si Johan ni sampai melatah terus Kak Ogy ni; siap nak saman-menyaman lagi. Dulu usik orang lain bukan main, sekarang dah kena tang batang hidung terus nak saman.

Lagu pilihan di hujung Oktober 2011

Lamanya tak update blog. Rasa macam tadak blog. Baru teringat ada rupanya. Piiffff...post dua video lagu yang aku suka untuk entri kali ni. Boleh ? Neneneneneeee...



Disimbah asid berebut pondan

Dah macam takda benda lain nak berebut. Sampai disimbah asid, tak serik-serik pulak tuh. Ahaha. Dugaan konon...macam shit la. Allah bagi peluang hidup lagi pun tak terasa nak insaf. Aduyai.

credit to HMetro

Zakat Fitrah : Kadar mengikut negeri-negeri di Malaysia

Lai lai lai..bayar zakat fitrah sebelum terlambat. Bawah ni kadar zakat fitrah bagi tahun 2011 mengikut negeri-negeri di Malaysia.

    Johor = RM 7.50 (bagi yang makan beras super dan RM5.00 bagi yang makan beras tempatan)
    Kedah = RM 7.00
    Kelantan = RM 7.60
    Melaka = RM 6.30
    N. Sembilan = RM6.50
    Pahang = RM7.30
    Perak = RM7.00
    Perlis = RM5.00 / RM7.00
    P.Pinang = RM7.30
    Sabah = RM7.70
    Sarawak = RM7.50
    Selangor = RM5.20
    Terengganu = RM6.00 / RM7.00 / RM8.00

    Wilayah Persekutuan

        Kuala Lumpur = RM5.20
        Labuan = RM5.20
        Putrajaya = RM5.20

      Harap-harap segala zakat yang diberi dapat diuruskan dengan baik oleh pihak yang bertanggungjawab tanpa sebarang penyelewengan supaya dapat diagihkan dengan saksama oleh orang yang memerlukan.

      Marco Tempest : Teknologi ilusi iPod

      OMG! Ini sangat kool, teknologi ilusi semakin berkembang. Menggunakan tiga biji iPod yang dipinjam dari penonton, Magician Marco Tempest; Ted (bukan Ted Adnan) menjadikan iPod tersebut sebagai prop untuk talk "on truth and lies, art and emotion

      Aku rasa video ni sudah direkod lebih awal untuk dipapar pada penonton, dan dia hanya berpura-pura memusingkan iPod di depan mereka. Wohoho. Camna pun takpa, sebab ini ilusi yang hebat!



      Oh, minit 1:18, nampak sedikit rama2 di situ. LOL.

      Saya sayang MAX 24/7


      Ahaha. Ini memang betul-betul mimpi jadi realiti. Dah terlampau minatkan K-Pop hingga termimpi-mimpi akhirnya direalisasikan dengan terciptanya kumpulan Max 24/7! Yay! Aku suka sebab Malaysia boleh! Dianggotai 12 orang jejakan tampan(ngehahahaa!!), MAX 24/7 berjaya menunjukkan kepada peminat K-Pop di seluruh dunia terutamanya di Malaysia bahawa Malaysia juga mampu membawa keindahan.



      Ok, boleh muntah sekarang...

      Justin Bieber di bazaar ramadhan


      Justin Bieber. Setelah mencipta nama di persada hiburan; kini dia mula menceburkan diri dalam bidang usahawan di bulan Ramadhan ni. Dengan produk terbaru, diharap akan mendapat sambutan dari masyarakat. Oh, mana nak cari ni ?Apa rasanya ? Mix ? LOL


      Bunga api EPIC FAIL!

      Haha! Cerah satu taman der. Semput nak terbang tinggi, sekali meletup bergegar. Lama tak main bunga api...aish! Ada jual online tak ? Boleh order...


      Rusuhan London : Asyraf Haziq dibelasah & disamun

      Aku sebenarnya baru tengok video pasal Asyraf Haziq, student Malaysia yang cedera dalam kejadian di Barking, Timur London. Dia yang berumur 20an telah patah tulang rahang dan gigi akibat rusuhan di sana.

      Apa nak buat, nak keluar beli juadah buka puasa pun jadi mangsa. Dalam paper katanya keluar dengan kawan, tapi video ni macam dia seorang diri. Kesian meh..sudah dibantu, dirompak pula. Selambe je orang buka beg dan ambil PSP dia; nak melawan pun tak boleh.

      Satu laman web telah diwujudkan untuk sokongan kepada mangsa rusuhan terutamanya Asyraf Haziq. (http://somethingniceforashraf.tumblr.com/). Semoga semuanya berakhir dengan selamat.

      Arturas Zuokas mengambil tindakan drastik selepas kecewa dengan pemandu kereta mewah yang tidak bertanggung jawab meletakkan kereta mereka di tepi jalan, sekaligus mencabul hak penunggang basikal dan pejalan kaki.

      Beliau adalah seorang ahli politik yang juga merupakan Datuk Bandar Vilnius. Rasanya agak kool bila boleh naik tank dan melenyek setiap kereta yang salah park. 


      Jangan pernah lupakan UFO

      Untuk peminat UFO, ini untuk anda! Hoho...buat yang tak minat pun, baik tengok juga. Ini info yang agak menarik, takda la ketinggalan zaman tak tahu menahu hal semasa yang terjadi pasal UFO. Dulu bukan main lagi kecoh pasal UFO, tapi sekarang dah senyap dekat Malaysia ni. Tapi dekat luar, bermacam penemuan dah ada. Meh usha video.

      JPJ bersukaria bersama mat rempit

       Dah lama video ni, memang tergelak aku tengok. Lari dari JPJ? Haha, silap banyak, sampai ke semak dikejarnya. Tapi aku respek dengan budi bicara abang2 JPJ ni. Kool meh...

      Kemahiran komputer berdasarkan email! LOL!


      Gadis berkepala iPad


      Ini memang rare! Di New York, seorang gadis ditemui berjalan-jalan dengan berkepala iPad! Apa kejadahnya? Hehe... Dikenali sebagai Mia, dengan menggunakan empat iPad sebagai imej depan,kanan,kiri dan belakang kepalanya. Gelagatnya menarik perhatian ramai orang dan di YouTube saja sudah mencecah hampir 400ribu orang menonton! Wohooo...

      Amazing Spider-Man : Permulaan baru cerita

      Siapa yang tak pernah follow filem Spider-Man memang agak rugi kerana filem yang berdasarkan komik ini memang ternyata gempak. Walaupun berjaya mencapai sehingga 3 filem, tetapi akibat perbezaan pendapat diantara Sony(studio) dan pengarah Sam Raimi, filem ini terpaksa diberhentikan akibat penarikkan diri si Raimi tu. Maka satu reboot filem dibuat semula di bawah arahan pengarah baru.

      Evolusi watak permainan Nintendo

      Tak payah kot nak kenalkan watak-watak game kat bawah ni. Watak-watak yang memang ada dalam kepala otak manusia terutamanya buat gamers sejati. Selain Pacman, Mario antara yang game evergreen yang berjaya sehingga sekarang. Dari berbentuk piksel sehingga 3D, mereka sangat kool!

      Singapura ? Bola ? Memang takde 'bola'!

      Walaupun dah berlalu perlawanan bola antara Malaysia dan Singapura tapi aku panas lagi kalau teringat balik. Padang bola sepak dah jadi macam padang drama. Dengan pemain Singapura yang good acting untuk lengahkan masa. Dengan pemain 'import' mereka. Memang tak dinafikan agak cemerlang, tapi....

       
      Tahniah untuk pasukan Harimau Malaya yang bermain agak cemerlang walaupun taktik agak kurang. Good job!

       
      Auuuuuuuuuummmm.....(suara manja).

      Terima kasih untuk 'orang yang tak mahu dikenali' atas gambar-gambar ni terutama Lisa Surihani. Haha.

      Comel sangat sampai tak tahu nak letak tajuk apa

      Geram aku tengok! Comel terlebih macam nak picit-picit pipi!! >,< Pandai dia jaga hati mak dia, buat macam tak tidur. zZz...

      Pembalasan setimpal

      Ini jadinya bila kau park kereta dekat tempat yang salah. Memang pembalasan setimpal lah. Kalau letak atas kereta tu pun ok gak. Pandai betul berjenaka. Sarkastik.

      Google Plus : bukan facebook, macam facebook

      Hey hey! Mari Google Plus sekarang! Baik kau join sebelum ketinggalan stalk orang di tempat baru.

      Penyokong Liverpool mencabul MU

      Aku rasa tajuk cam best je kan. Haha. Ini la nasibnya bila ada orang pakai baju MU dalam Liverpool Asia Tour dekat Bukit Jalil. Tarik muka terus mamat tu bila dipaksa tukar baju. Macam pakai baju Bersih dalam balai polis la gayanya ni. Toink ~

      Bola sepak sangat syok kalau kau sumbat gol

      Stjarnan F.C. adalah satu satu kelab bola sepak Iceland yang terletak di Garðabær. Bermain untuk liga di sana, mereka berjaya mengharumkan nama kelab dengan celebration gol yang unik!d

      Unik tak unik, kool tak kool boleh tengok video bawah ni.



      Ini sangat kool dan lebih kool dari Torres gila meroyan. Pengadil sangat bermurah hati nak bagi kad kuning ataupun merah jika dibuat di England; itupun jika ada gol, ada la celebration. LOL!

      LIVE Streaming : Malaysia vs Arsenal 13 Julai 2011

      Pada 13 Julai 2011, satu perlawanan persahabatan di antara Malaysia dan Arsenal akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Perlawanan ini adalah salah satu daripada perlawanan persahabatan menjelajah Asia sebelum bermulanya Liga Perdana Inggeris musim hadapan. Ini merupakan perlawanan yang ke-4 menentang Malaysia dan kali terakhir Arsenal bermain di Malaysia adalah pada tahun 1999.

      Berlangsung di Bukit Jalil tepat pada pukul 8:45 malam waktu Malaysia. Yang ada tiket, boleh serbu stadium esok hari manakala yang jauh, tak dapat tiket, malas tengok tv, ada penyakit ketagihan internet; boleh tengok je kat sini pada 13 Julai 2011. Live streaming video akan diletakkan sebelum bermulanya perlawawanan. Yay!

      PERLAWANAN TAMAT

      MALAYSIA 0 - 4 ARSENAL

      BERSIH 2.0 : Malaysia boleh!

       Saya sayang Malaysia. Auuum....! Video; read more.

      Torres gila meroyan atas padang

      Best Fifa celebration ever ? Maybe...lmao...



      Best comment; LOL!

      Elak keretapi? Angkat saja!

      LOL! Ini sangat koooool!

      Kayuhan bogel : Perlumbaan pasti sengit !

      Tajuk cam gempak je kan. Lapangkan hati dan minda dan sediakan ruang secukupnya untuk info ini. Acara tahunan di Australia ini menghimpunkan lebih kurang 10 ribu peserta! Kebanjiran manusia berbogel akan memenuhi setiap inci jalan untuk perlumbaan ini di Australia. Ini bukan rekaan, ini realiti. Haha. Gila!

      Fountain Jumping : Acara gila manusia di San Fermin Fiesta

      Selain bull-run yang agak mengerikan, ini adalah salah satu dari acara tradisi San Fermin Fiesta di Spain. Digelar 'Fountain Jumping', asalnya direka oleh pengunjung dari Australia yang memanjat dan terjun ke bawah di mana terdapat sekumpulan yang menunggu untuk menyambut mereka. Sesiapa yang pernah bermain Assasin Creed, ini pasti mengujakan anda melihat LIVE terjunan ini!

      Setan tua melompat mengutip dosa-dosa!

      Melompat atas bayi ? Gila apekah! Ini bukan lawak jenaka tv show, ni realiti yang berlaku di Spain. Acara tahunan yang dipanggil 'Baby-jumping Colacho Festival', diraikan di seluruh Spain sejak tahun 1620 lagi.Ia melibatkan seorang lelaki berusia yang berpakaian seperti syaitan, melompat merentasi(merentasi?) bayi-bayi yang tidak dapat berbuat apa. Itulah ironinya.

      Televisyen bukan saja sebagai tontonan

      Tepat! Selalunya macam tu la. Skrin kecil laptop ni lagi menarik dari skrin besar gedabak TV. Radio pun macam tu, buka untuk tak bagi sunyi sangat. Heh heh heh.

      Transformasi : Kuasa solekan mekap.

      Mekap memang satu alat power untuk kaburi mata manusia. Sekali sapu, muka licin macam patung, sekali basuh terserlah muka original. Hoho. Ha, apa kejadahnya gambar minah aku letak ni. Macam biasa, tetapkan iman di hati, dan tekan read more. LOL!!

      Street dance : Bukan hindustan saja boleh layan menari dalam hujan. Ini lagi kool!

      Disebabkan tajuk dah panjang. Maka takda benda dah nak taip, layan je la video ni.


      http://www.youtube.com/user/YAKfilms

      Jangan boikot KFC!


      Tak habis-habis dengan kes KFC. Dulu nak boikot, sekarang pun nak boikot. Cuba ambil positif sikit benda ni. Jadikan video ni sebagai tauladan untuk berjaya dalam temuduga anda! Wahaha. Lepas ni aku kena stalk selalu orang atasan syarikat besar-besar sebelum nak pergi temuduga; dan cuba skill ini. Nice...

      Lukisan pensel menakluk dunia sebenar!

      Ben Heine adalah seorang visual creator dari Belgium yang sangat berbakat. Manakan tidak, dia menggabungkan lukisannya dengan gambar asli dan menjadikan satu gabungan yang awesome! Karya beliau menjadi pujaan ramai bakat-bakat di luar sana. Tetiba terasa nak jadi seorang pelukis. Haha.

      Spiderman epic FAIL !


      Senak segala. Patah gigi budak tu. LOL!!!

      Rasa nak membunuh di pagi hari!

      Jam alarm. Benda yang sangat penting dan sangat anoying kalau bunyi pagi-pagi. Rasa nak mengamuk jadi orang gila sepak-sepak jam. Anoying pun, benda ni lah nak gerak bangun tiap-tiap hari. Bawah ni jenis-jenis jam alarm anoying yang sangat unik.

      Sfera Alarm Clock

      Jam ni tergantung dekat siling. Kalau dah berbunyi, boleh snooze dulu macam biasa, tapi apa yang bestnya setiap kali kita snooze, jam itu akan bergerak ke atas siling bergantung berapa kali di'snooze'kan. Haha. Makin lama makin tinggi, nak tak nak kena bangun berdiri atas katil la nak stopkan. Baru boleh bangun terus kan.

      20 fakta menarik tentang makanan

      Entri lepas buat fakta menarik binatang, entri kali ni aku buat fakta menarik mengenai makanan pulak. Lapar plak tengok nasi lemak ni ha. Ouch!

      1. Aiskrim adalah makanan cina!

      2. Jus blueberry meningkatkan daya ingatan.

      3. Resipi tertua yang diketahui di dunia adalah untuk bir.

      4. Ia mengambil masa selama 7 saat untuk makanan dari mulut turun ke perut.

      5. Kira-kira terdapat 180 biji bijan atas roti BigMac.

      6 .Terdapat kira-kira 100,000 bakteria dalam satu liter air minuman.

      7. Bijiran pertama yang dihasilkan adalah Gandum Cincang

      8. Terdapat lebih daripada 1,000 bahan kimia dalam secawan kopi. Daripada jumlah ini, hanya 26 telah diuji, dan setengahnya menyebabkan kanser pada tikus.

      9. Cecair di dalam kelapa muda boleh digunakan sebagai pengganti untuk plasma darah.

      10.  Beras adalah makanan utama bagi separuh penduduk dunia.

      20 fakta menarik tentang binatang

      Huh!


      1. Tupai lupa di mana mereka menyembunyikan separuh daripada kacang mereka.
      2. Gigi seekor alligator boleh mencapai sehingga 2000 kepada 3,000 gigi dalam seumur hidup.
      3. Darah lobster adalah berwarna biru.
      4. Berat otak seekor gagah adalah kira-kira 600g.
      5. Berat otak kucing pula adalah kira-kira 30g.
      6. Kucing dan anjing berupaya mendengar bunyi ultra(ultrasound). 
      7. Secara fizikalnya, adalah mustahil untuk babi mendongak melihat langit.
      8. Lalat adalah binatang yang pekak.
      9. Walaupun sedikit alkohol diletakkan pada kala jengking, ia akan membuatkannya gila dan akan menyengat dirinya sendiri.
      10. Purata kucing tidur adalah selama 2/3 hari.

      Posisi badan yang elok ketika tidur

      Aku tidur baring, kadang-kadang mengiring tapi bila bangun dah terterap. Nampaknya aku dah praktikkan semua posisi tanpa disedari. Neutral. Yes!

      Ini baru model ekonomi yang nice!

      Awek hot bertukar tragis

      Tetapkan iman di hati. Kemudian 'read more'. Haha.

      10 cara untuk menggembirakan hati



      Pernah tak rasa sunyi. Forever alone ke. Gila kan kalau rasa macam tu; serius rasa macam nak terjun gaung, panjat balik dan terjun lagi sekali. Tapi, relek; jangan buat kerja gila. Kau hidup hanya sekali kat dunia ni.

      Aku nak kongsi cara-cara untuk bergembira horay2. Ni dari pandangan dan sedikit kajian aku korek-korek kat Google. Orait!

      1. Luangkan masa dengan keluarga! Selagi ada ruang, peluang, lepak-lepak la dengan family. Banyakkan komunikasi.

      2. Lepak dengan kawan-kawan rapat. Paling lekeh pun minum-minum kat kedai. Ni agak penting la melainkan kalau yang jenis terperap dalam rumah tu, boleh guna cara nombor 1. 

      3. Bagi ada ruang untuk bersendirian. Bukan 24jam bersendirian, tu orang tak betul namanya. Masa bersendirian atau privacy-time. Sesuai untuk kita muhasabah diri, fikir-fikir apa yang patut nak perbaiki diri. Perfect location - toilet! LOL!

      15 fakta tentang seks yang tak la penting sangat pun

      LOL! Harry Potter : Are you fucking serious ?

       
      TROLOLOLOLOLLL!!!!

      Fast food mafia..awesome!

      Bagaimana bayi dilahirkan

      Proses mudah untuk memahami bagaimana seorang manusia yang bergelar bayi dilahirkan. Visual terbaik dan mudah untuk difahami. Sangat nice.


      Ayam KFC perisa tapak kasut

      Ada terima satu youtube dari kawan tentang kebangangngan dan kebengappan seorang pekerja KFC yang membuat perisa tambahan; tapak kasut. Memang macam bodoh. Video yang dirakam di dapur KFC ni semakin meluas tersebar. Kalau dapat budak ni, jom kita rendam dia dalam minyak goreng ayam KFC. Fuuh...

      Ini yang kita nampak, yang kita tak nampak ? Macam2 mungkin...buat peminat KFC, dun wori, think positif dan teruskan membeli KFC. Like like like...

      3D tanpa kaca mata hodoh




      Pernah beli kaca mata kertas masa TV3 buat 3D dulu ? Haha..hodoh kan. Aku ada simpan lagi sampai sekarang. Bukan nak cerita pasal TV3; tapi nak cerita tentang teknologi baru yang bolehkan kita tengok 3D tanpa kaca mata 3D.

      Fujitsu telah memperkenalkan Fujitsu Esprimo FH99/CM all-in-one PC. Menggunakan Intel 'Huron River' Core i7-2630QM(2.0GHz) dan menyediakan 23 inci(1920x1080) 3D display, 4GB memory, 2TB harddisk, Intel HD 3000 untuk grafik, blu-ray drive dan tv tuner. Woha ~ nice kan.

      Dia juga ada Ethernet, 802.11b/g/n WiFi, webcam, SD card slot, dua USB 3.0 ports, dan HDMI.

      Dengan PC macam ni, apa lagi nak dikatakan. Sedikit modified boleh buat PC lagi gempak.

      PC ni akan dipasarkan di Jepun dan dekat Malaysia aku tak dapat info lagi bila akan dikeluarkan.

      Tengok movie 3D lagi kool la macam ni. Tak payah nak pakai kaca mata kertas ataupun yang macam nak pergi snorkeling tu.

      Penjaga gol ala kala jengking

      José René Higuita Zapata (lahir 27 Ogos 1966 di Medellin (Barrio Castilla)) adalah bekas penjaga gol bola sepak Colombia digelar "El Loco". Rene dianggap salah sorang penjaga gol yang paling 'unik' disebabkan perangainya yang gila-gila ketika menjaga gawang gol.

      Beliau juga merupakan penjaga gol yang mencipta gaya kala jengking! Nice...



      Dah tengok baru perasaan. LOL!

      Hahahahahahha!

      Gaduh dengan awek

      Video yang AWESOME! Ending yang tak diduga. Sangat KOOL! Kalau nak gaduh pun jangan la dekat public; malu dek orang nampak, tak matang langsung. Nak break-up ke nak soal-siasat ke tolong la private sikit kan; bahaya.

      Oh, pastikan anda tidak dibelasah mahupun ditampar dengan couple anda di depan orang ramai. Tak nice ok.

      T-Mobile : Angry Birds Live!

      Pengguna iPhone! Pengguna Android! Kamon! Tengok ni..game feveret kita main secara LIVE! Stai kan.

      Permulaan perang antara burung dan babi di depan khalayak ramai. Terus hancurkan babi itu!


      Baby shuffle kat lantai ? OMG!

      Aku tak tahu neraka apekah ini. Sangat seram-sejuk tengok. Gaya shuffle yang terbaru buat aku cuak tengok sorang-sorang tengah malam. Audio yang menarik juga. OMG! Apa ni???