Facebook RSS Feed

Zakat Fitrah : Kadar mengikut negeri-negeri di Malaysia

Lai lai lai..bayar zakat fitrah sebelum terlambat. Bawah ni kadar zakat fitrah bagi tahun 2011 mengikut negeri-negeri di Malaysia.

    Johor = RM 7.50 (bagi yang makan beras super dan RM5.00 bagi yang makan beras tempatan)
    Kedah = RM 7.00
    Kelantan = RM 7.60
    Melaka = RM 6.30
    N. Sembilan = RM6.50
    Pahang = RM7.30
    Perak = RM7.00
    Perlis = RM5.00 / RM7.00
    P.Pinang = RM7.30
    Sabah = RM7.70
    Sarawak = RM7.50
    Selangor = RM5.20
    Terengganu = RM6.00 / RM7.00 / RM8.00

    Wilayah Persekutuan

        Kuala Lumpur = RM5.20
        Labuan = RM5.20
        Putrajaya = RM5.20

      Harap-harap segala zakat yang diberi dapat diuruskan dengan baik oleh pihak yang bertanggungjawab tanpa sebarang penyelewengan supaya dapat diagihkan dengan saksama oleh orang yang memerlukan.

      Marco Tempest : Teknologi ilusi iPod

      OMG! Ini sangat kool, teknologi ilusi semakin berkembang. Menggunakan tiga biji iPod yang dipinjam dari penonton, Magician Marco Tempest; Ted (bukan Ted Adnan) menjadikan iPod tersebut sebagai prop untuk talk "on truth and lies, art and emotion

      Aku rasa video ni sudah direkod lebih awal untuk dipapar pada penonton, dan dia hanya berpura-pura memusingkan iPod di depan mereka. Wohoho. Camna pun takpa, sebab ini ilusi yang hebat!



      Oh, minit 1:18, nampak sedikit rama2 di situ. LOL.

      Saya sayang MAX 24/7


      Ahaha. Ini memang betul-betul mimpi jadi realiti. Dah terlampau minatkan K-Pop hingga termimpi-mimpi akhirnya direalisasikan dengan terciptanya kumpulan Max 24/7! Yay! Aku suka sebab Malaysia boleh! Dianggotai 12 orang jejakan tampan(ngehahahaa!!), MAX 24/7 berjaya menunjukkan kepada peminat K-Pop di seluruh dunia terutamanya di Malaysia bahawa Malaysia juga mampu membawa keindahan.



      Ok, boleh muntah sekarang...

      Justin Bieber di bazaar ramadhan


      Justin Bieber. Setelah mencipta nama di persada hiburan; kini dia mula menceburkan diri dalam bidang usahawan di bulan Ramadhan ni. Dengan produk terbaru, diharap akan mendapat sambutan dari masyarakat. Oh, mana nak cari ni ?Apa rasanya ? Mix ? LOL


      Bunga api EPIC FAIL!

      Haha! Cerah satu taman der. Semput nak terbang tinggi, sekali meletup bergegar. Lama tak main bunga api...aish! Ada jual online tak ? Boleh order...


      Rusuhan London : Asyraf Haziq dibelasah & disamun

      Aku sebenarnya baru tengok video pasal Asyraf Haziq, student Malaysia yang cedera dalam kejadian di Barking, Timur London. Dia yang berumur 20an telah patah tulang rahang dan gigi akibat rusuhan di sana.

      Apa nak buat, nak keluar beli juadah buka puasa pun jadi mangsa. Dalam paper katanya keluar dengan kawan, tapi video ni macam dia seorang diri. Kesian meh..sudah dibantu, dirompak pula. Selambe je orang buka beg dan ambil PSP dia; nak melawan pun tak boleh.

      Satu laman web telah diwujudkan untuk sokongan kepada mangsa rusuhan terutamanya Asyraf Haziq. (http://somethingniceforashraf.tumblr.com/). Semoga semuanya berakhir dengan selamat.

      Arturas Zuokas mengambil tindakan drastik selepas kecewa dengan pemandu kereta mewah yang tidak bertanggung jawab meletakkan kereta mereka di tepi jalan, sekaligus mencabul hak penunggang basikal dan pejalan kaki.

      Beliau adalah seorang ahli politik yang juga merupakan Datuk Bandar Vilnius. Rasanya agak kool bila boleh naik tank dan melenyek setiap kereta yang salah park. 


      Jangan pernah lupakan UFO

      Untuk peminat UFO, ini untuk anda! Hoho...buat yang tak minat pun, baik tengok juga. Ini info yang agak menarik, takda la ketinggalan zaman tak tahu menahu hal semasa yang terjadi pasal UFO. Dulu bukan main lagi kecoh pasal UFO, tapi sekarang dah senyap dekat Malaysia ni. Tapi dekat luar, bermacam penemuan dah ada. Meh usha video.

      JPJ bersukaria bersama mat rempit

       Dah lama video ni, memang tergelak aku tengok. Lari dari JPJ? Haha, silap banyak, sampai ke semak dikejarnya. Tapi aku respek dengan budi bicara abang2 JPJ ni. Kool meh...

      Kemahiran komputer berdasarkan email! LOL!


      Gadis berkepala iPad


      Ini memang rare! Di New York, seorang gadis ditemui berjalan-jalan dengan berkepala iPad! Apa kejadahnya? Hehe... Dikenali sebagai Mia, dengan menggunakan empat iPad sebagai imej depan,kanan,kiri dan belakang kepalanya. Gelagatnya menarik perhatian ramai orang dan di YouTube saja sudah mencecah hampir 400ribu orang menonton! Wohooo...

      Amazing Spider-Man : Permulaan baru cerita

      Siapa yang tak pernah follow filem Spider-Man memang agak rugi kerana filem yang berdasarkan komik ini memang ternyata gempak. Walaupun berjaya mencapai sehingga 3 filem, tetapi akibat perbezaan pendapat diantara Sony(studio) dan pengarah Sam Raimi, filem ini terpaksa diberhentikan akibat penarikkan diri si Raimi tu. Maka satu reboot filem dibuat semula di bawah arahan pengarah baru.

      Evolusi watak permainan Nintendo

      Tak payah kot nak kenalkan watak-watak game kat bawah ni. Watak-watak yang memang ada dalam kepala otak manusia terutamanya buat gamers sejati. Selain Pacman, Mario antara yang game evergreen yang berjaya sehingga sekarang. Dari berbentuk piksel sehingga 3D, mereka sangat kool!